Monday, January 13, 2014

Jujur menuju jalan yang lurus

DALAM satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.

                Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata: ‘Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan).’

                Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu: ‘Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.’

                ‘JALAN’ di sini bermaksud Islam; ‘DINDING’ maksudnya hukum-hukum Allah; ‘PINTU-PINTU YANG TERBUKA’ maksudnya perkara-perkara yang diharamkan Allah; ‘PENYERU DI ATAS JALAN’ maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap Muslim. – (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Writing is Magic