Saturday, January 11, 2014

Jom rawat lidah yang suka mencaci

PERBUATAN mencaci atau menyakiti hati seseorang Muslim adalah termasuk dosa besar dalam Islam kerana ia boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya.
            Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang Mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji.”

Jom kita rawat lidah:
      1.      Latihkan diri dengan berkata-kata dan berbual dengan perkataan yang baik-baik, lemah lembut dan mesra.
      2.      Latihkan diri dengan menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.
      3.      Latihkan diri dengan bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, juga berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.
      4.      Latihkan diri dengan mengelak daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat, suka bertengkar.
      5.      Latihkan diri dengan meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain jika tersilap atau berbuat salah.
      6.      Latihkan diri dengan mengamalkan sikap berbaik sangka dan menolak buruk sangka terhadap orang lain.
7.   Latihkan diri dengan mengamalkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Writing is Magic